Wednesday, November 18, 2009

Why hah, why?

WHy hah, why sat sat je ade lagi by election? Ye, memang perlu by election bila assemblyman tu mati ke, or ade masalah disiplin aka skip meeting ke, tapi tolong la, tolong la..Kos by election tu, boleh buat at least 5000 orang pegi haji dari malaysia, belum masuk kos kempen yang bertanding, kos upah pegi rumah orang pujuk undi, kos haprit beli spray rosakkan poster orang, pastu gaduh2. heish, kate takde duit, potong bonus kakitangan kerajaan, duit scholars masuk lambat--> ni duit JPA la, MARA ok pasal MARA half-kera-jaan. Suka sangat eh diorang ngundi ngundi nih..hish.

Jadi, selaku salah seorang scholar, aku rasa perlu untuk aku tolong pikirkan cara mengatasi masalah by election ni. dan cara terbaik is, prevent it. macam mane nak prevent labu, dah assembly man mati?

ok sini labi jawab. cara terbaikk ialah memasukkan syarat2 ni sebelum bertanding pilihan raya.

1. sebelum bertanding, calon2 perlu buat medical check-up. kalu ade cancer, pastikan 5 year survival rate lebih 70%. kalu yang dah metastasize tu, tak pun cancer yang aggresive macam small cell carcinoma ke, gastric carcinoma ke, heh ko bertanding dalam igauan je la. ye memang la ajal maut di tangan tuhan, tapi kalu dah rupa cam tipis je harapan tu, tolong la jangan habiskan duit negara. kalu ditakdirkan mula sesi baru ko sihat balik, hah sile2 masuk gelanggang.

2. Umur takde extreme sgt. extreme itu ialah >75 taun. tapi kalu ko jenis sihat 75 taun pun still main golf, semayang terawih 20 rakaat pun steady je, ok boleh apply. mase depan kite tak nampak dan tak boleh nak tau, tapi ingatlah bahawa jangka hayat lelaki msia puratanya 72 taun ya kawan-kawan. tak mau la main mati time tengah jadi assembly man ni, bosan. memangla di luar kuasa kita, tapi kalau mampu elak, kite elak.

3. sesape yang nak apply bertanding tu, record disiplin mau clean slate, start dari tadika sampai tempat kerja. not a late-comer (which excludes me mandatorily), not a skipper. kalu kes mati tu memang tak leh elak kan, tapi kes camni, pehal labu? pastu senang jugak untuk rakyat tempatan nak jumpa wakilnya, takde la asyik2 jumpa s/u yang rupa takdak degree je, tapi sombong macam petra technologies tu dia punye. Vinod sekhar pun humble gile weh, mane de orang sombong sebab dia kaya zaman sekarang nih. orang perasan kaya je perangai camtu.

ok takat tu je aku ade keje lain lak nak buat. update ni pun tak dirancang, aku jadi work up tadi. aku kalau bab-bab menghabiskan duit ni, sensitif skit. dah banyak kali dah aku nangeh tengok gambar orang kebulur, tengok bersamamu (sebelum aku tau mangkuk, diorang ade yang berlakon je), tengok orang kampung pakai kain sekolah yang layaknya jadi kain basahan je, dengar cite orang benti skolah sebab miskin, include pak long aku, ayah aku, mak long jugak. banyak lagi la cite-cite sedih sebab xdak duit, so bile macam ade kes-kes bangang camni, nak bagi sejuta la kat athlete dapat gold medal olympic, pastu bagi datukship kat orang bukan2 (which means increase the amount of money spent for their monthly allowance), harga project buat jalan/longkang dengan harga yang melampau2 padehal jalan/longkang/jambatan/stadium still haprak gak, berlubang, runtuh. aku jadi geram. keji la.

No comments: