Sunday, July 4, 2010

Kakak mithali

Sedang sedap aku memakan sarapan pagi, tiba-tiba telepon berbunyi. terpaksa aku angkat, sebab takdak orang lain dah. ni malas dah ni nak balik time orang tak cuti. dah kat tepon, tengok nombor, ah tepon pondok. aku ignore. tapi bunyi skali lagi. aku segera nak buat laporan tm kata line kene kacau dan permohonan tukar nombor, sebelum aku ingat, ah adik aku skolah asrama.

bila dah ingat, heh, aku takyah angkat pun tau niat dia tuh, sure nak balik. tapi seperti tajuk di atas, aku pun angkat gak. 100% betul. sebab takdak orang lain kat rumah, aku lah jugak yang kene ambik dia balik. roti sarapan pun tak abih lagi. takpe, kakak mithali. kadang-kadang, aku tak paham kenapa dia kena duk asrama? kentut kat rumah pun boleh bau kat asrama dia, nak cerita dia punya relative dekat tuh.

ok, pendek cerita- cerita atas jalan raya 4 minit boleh jadi panjang, you know, punya banyak ungka atas jalan raya masa kini- aku sampai depan asrama dia, then pergi bilik warden kot. and sebab aku sorang yang pegi amik dia, aku lah jugak yang kene sign sebagai penjaga.

dalam bilik warden dia, adalah 2 xy. cikgu ka, budak ka, guard ka aku tak tau. tapi kene sign kat mereka la. aku masuk bilik tu dan siap sedia untuk menyign (sign+ imbuhan men- dan s ditukar kepada y).  tetiba, salah sorang xy tuh berkata dengan penuh keyakinan,

"Mak?"
(tidak dapat dihuraikan dengan kata-kata macam mana dia berkata, bukan macam pertanyaan, tapi macam...arghh inexplicable! macam kalau dia tau aku kakak pun dia nak jugak kata aku mak.)

Mangkuk betul. tiada logik akal langsung untuk aku beranak dan anak aku sebesar adik aku yang juga sebesar aku. at least kalau dia kata asiah awatiff aiman (boleh google atau search di fb) tuh anak aku, boleh gak percaya sikit-sikit, walopun budak tuh seputih salji dan aku sehitam bontot kuali. i mean, logic la kan dari segi umur dan tumbesaran. ni sure bukan cikgu, kalau cikgu, dia tau membezakan mak dan kakak on the spot. paling tinggi post dia pun ialah guard. kerani pun tak layak.

adik aku betulkan xy tuh, kata aku kakak. pergh. aku nyaris nak terkeluar "amende mangkuk nih" dan seangkatan dengannya. sebab aku pikir, ah manusia sebegini tidak layak untuk dikata apa-apa.

tapi seharian aku pikir part mana yang boleh kata mak-mak-ish kat aku. time tuh aku pakai jeans, t-shirt kuning menyala courtesy usm, dengan tudung bibik. ye lah, tudung bibik sebab nak cepat, kata kakak mithali. selipar camel orang tua selalu pakai, mak aku punya. ni sebab yang tu je selipar duk rumah aku sepanjang aku bercuti nih. so, conclusion aku, combination tudung bibik dan selipar camel tuh adalah NO-NO. sure yang tu nye.

and last, adik aku cakap tu cikgu dia, garang. ha tengok. sekali lagi bukti kakak mithali. kalau aku laser xy tu tadi, sure adik aku jadi aim dia pas ni kan. dalam erti kata lain, aku menyelamatkan adik aku dengan berdiam diri.

and, aku geledah almari kasut, naseb bek terjumpa gak crocs cina. tamau pakai dah selipar camel tu.

2 comments:

Anis Mohd said...

hahaa
teringat plak waktu aku ambik adik ak kat asrama die dulu .
ak sound cikgu die sebab menyusahkan orang . hahahaa

kakak mithali ahh ko nih ( sila baca dgn nada tanpa perasaan )

Anonymous said...

lol. :D pengorbanan seorang kakak :P