*****
0800- waktu kelas aku, perlu ada di sana, limit lambat 5 minit.
0725- baru bukak mata
1. berlari ke stesen bas - 4 minit minimum
2. memilih/merebut bas - ikut nasib, kadang-kadang sekelip mata, kadang-kadang redha dengan ketentuan lalu naik teksi
3. bas-universiti - 20-30 min, ikut skill driver dan ikut mood driver, diorang ada autoriti pilih jalan. ada 2 jalan utama, nanti-nanti aku lukis peta
* bersiap-siap - gosok gigi lagi sekali + basuh muka (kalau rajin dan sempat, pakai facial wash) + tukar baju + bukak dan tutup pintu rumah yang emotional = 5-20 minit,ikut mood pintu.
So makna kata tadi, memang real gak la lambat. tapi aku syukur, everything ran smoothly, in the beginning. keluar pintu pagar, dah 7.35. kalau ikut perkiraan aku dan kecergasan aku time tu, memang sempat lagi.
tapi.... atuk tuan rumah aku pulak tegur aku. aku tak sampai ati tak layan, layan la kejap, lagipun rumah dia on the way pegi stesen bas. skali, mangai dia ajak aku, dengan bersungguh-sungguh, tengok something kat rumah anak dia yang bercantum dengan bilik aku ni ha.arah berlawanan dengan arah aku. aku tak paham pun dia cakap, aku jenuh cakap kat dia, ana mutaakhhkhar.aku lambat. entah betul ke tak, tapi aku rasa betul. tapi mungkin salah tu pasal dia tak paham.
7.38 am. setiap minit itu berharga. aku mengalah, atuk tu dah rupa nak merajuk aku tanak masuk rumah anak dia. aku mengalah, ala, apela sangat. kire macam aku sedekah sikit mase aku kat atuk tu la. kan ke kalau sedekah kite dapat 10 kali ganda. manela tau aku sedekah 2 minit aku ni dapat lagi 20 minit. anything's possible. aku pun masuk rumah dia, buat muke happy macam lepas smayang raya.
skali dia nak tunjuk kura-kura peliharaan dia je. pergh! gaya tadi macam ade mother fairy dalam rumah, skali tuk kura mana tah dia kutip. tapi aku layan je, ye la, ni di joden (irbid) weh. tapi kura tu memang besar pon, mungkin dia bangga dia bela kura tu dari kecik. kura kan, kalu umur seminggu baru besar setengah tapak tangan aku. so aku syak tadi, kalau growth rate dia pakai linear graph, maybe dah umur 50 taun kot. jubli emas.
tapi berkat jugak kot hormati dan layani warga tua ni. lepas tu aku berlari, terus dapat bas, bas pulak driver mood baik, skill pon baik, absorber bas pon elok,(walau selori aku puji, tambang tadi tetap same), journey was very smooth, and, sampai pun on time. belajar la aku dengan tenang.
ps: aku kusut minda sebenarnya. ni kira entri lepas tension, selepas menjerit kepada abang aku yang jauh di malaysia.
No comments:
Post a Comment