2004, Cuti PMR
Mama daftar aku untuk tuisyen Add. Math., kawan famili kitorang yang ajar. Tuisyen ni tak silap aku, setiap petang, selama sebulan kot, ke lebih sikit tah, cover sume bab add math f4. Well, can't see any disadvantage of rejecting this offer, so i obliged. Bagus pon, tak larat gaduh ngan adik-adikku dan bangku. Penat ok menjerit jerit, tarik-tarik rambut, pastu kene pukul kepala(abang aku keji, suka pukul kepala orang sebab dia takut adik2 dia outwit him someday, though we already did), kene marah pulak ngan mama sebab dah besar pon gaduh lagi. Baik aku pegi belajar benda yang aku suka, ada keamanan di situ. Jauh dari rumah yang bising macam tadika cina konvensional. (jauh la sangat,lebih kurang 400 m kot)
Tuisyen tu, best sebab aku suka math. tak best sebab aku xdak kawan. ye aku kera sumbang. adala kawan meja sebelah. tu je kot. lagipun aku jenis datang on time, balik pon on time(umah aku dekat, tu pasal.datang pon naik beskal je). tak main la hang out segala jenis ni. pastu, aku pulak skolah jauh dari rumah, budak2 lain sume join tuisyen bergeng ikut geng skolah. Dah tu, aku jenis cakap standard, x cakap ayaq pasiaq langsiaq sume, lagila diorang pon segan la kot nak tegur. Oh lupa, aku ada kawan, kawan time kecik2. budak skolah jauh gak, tapi sebab dia pon ada geng skolah dia, maka aku segan gak la. ah senang cakap, aku yang penyegan. dah la xdak henset, time tu sume orang kalau dah kenal2 ngan aku sure tanya, "nomboq phone bapa? nnt leh tanya result". skali aku bagi number phone rumah yang pakai 05-717**** tu, sume pakat tarik muka "minah ni xdak henset lagi ke.."
satu hari, petang tu hujan. ma suruh aku bawak kete.(illegal, tapi terpaksa.abah gi somewhere aku pon lupa, mama malas nk pakai baju yang proper utk hantar aku, abang prefer gaduh ngan adik2 aku). aku pulak, bagai orang lapar dibagi char kuey teow.maka aku pon bawak kete. erm, nampak macam mengada xleh kena hujan segala, tapi hakikatnya, memang kami keluarga mengada..hahaha.
masuk kelas, sume orang tengok semacam je. trase cool gitu. pastu baru la ada orang asing2 skit tegur aku, tanya nama skolah mana sume. pastu bila sampai bab henset, aku cakap aku tidak mempunyai henset.(mungkin aku patut pakai baju bertulis "saya tiada telefon tangan"). diorang sume buat muka lalu berkata " hang ada gheta, awat xdak henset?"
aku pon jawab la, tu kete mak aku, mana ada duit nak beli kete sendiri.
pastu diorang kata, la, henset kami pon mak pak kami gak bagi, bukan beli sendiri.
Well, mak pak kita berfikiran berbeza. OR yang lagi true, mak pak aku memang anti-henset skit.
Ok, pastu time balik, hujan dah berenti. aku pegi kat kete mak aku, dari jauh tekan alarm.eh, asal x bunyi nih.. gaban gak la. tekan lagi. x nyala pon lampu kembara tu. tekan lagi. x jadi gak. aku makin gaban. sebab kete tu mmg ada history tekan alarm x terbukak kunci dia. tapi time tu, mama ada henset so boleh kol abah. aku? duit pon x bawak. aku doa kejap, kot la makbul. pas doa, aku tekan balik alarm. ya allah, x nyala gak lampu. kunci pon x naik.dalam hati aku kata, dosa banyak ni..
aku pon dah terdesak macam tu, aku try bukak kunci manually. skali tak boleh masuk ok. aku time tu air mata dah bergenang dah weh. image aku mana nak letak, orang berduyun tu ha tengok aku dan kereta aku. aku tengok kunci, betul kunci kembara.(apela bongok sangat, kalau x betul camne aku leh bawak tadi)
budak2 laki yang sememangnya aku takkan kenal macam ramai je aku prasan tengok kat aku. sure kutuk kemain tu. aku dan kete tu, masih x leh bukak2. alarm tu jangan cakap la.beratus kali kot aku tekan,ketuk2 kunci tu. 15 minit gak la aku try.(padehal balik jalan kaki pon dah sampai rumah dah). pastu aku nampak beberapa budak laki tu datang kat aku, bajet gentlemen la kot.
diorang datang, lalu tanya, " betui ka ni kete hang?"
aku dalam hati punyela membara, taula aku xdak henset, tapi x bermakna aku xdak kete. dengan konfiden dan riak muka yang paling menyakitkan hati yang aku reti buat, aku balas, "yup."
laki tu balas balik, " oh ya ka. bukan apa, aku slalu gak nampak cikgu naik keta ni. tu tanya tu.ada satu lagi keta camni gak hujung sana"
aku.terpaku.kejap. felt rush of blood gushing to my face. perit.
aku pusing muka, dan baru teringat, aku parking tadi kat tempat yang jalan dia fully-berbumbung ke kelas aku.dan kete ni pulak, parking dia tempat aku parking beskal hari-hari. tengok number plate pon x guna, aku bukan hafal pon num. plate kete2 kat rumah aku.
AKU MALU GILA WALAUPON NAK CAKAP TERIMA KASIH KAT BUDAK TUH.
aku buat muka paling ketat skali, cakap, "oh, thanks" lalu jalan laju gila ke kete betul aku, sambil tekan alarm.(aku nmpk lampu dia menyala). aku masuk seat driver, masuk gear 1, x sampai keluar pagar dah tukar gear 2 lalu pecut laju gi beli goreng pisang + kopok lekor, alasan kalau mama tanya nape balik lambat.
ps : ni true story. tapi x penah reveal kat sapa2 pon.image weh image.
ps2: saje tulis bahasa melayu, pasal malam semalam aku buat minit mesyuarat, rasa macam susah pulak je nak tulih bahasa melayu baku. aku sebenarnya berusaha membakukan entri ni, tapi lambat sangat, aku give up.
ps3: markah cvs kuar esok, aku rasa nak pakai purdah pon ada.tamau orang tengok reaksi aku selepas tengok markah sendiri.sumpah aku lagi suka kalau dia x bagitau langsung markah kitorang. sejarah pahit.
psp: moralnya :: len kali bubuh num. plate kat keychain kunci kete.
No comments:
Post a Comment